assalamualaikum...sudah lama tangan ini tidak menari-nari dia atas papan kekunci...ala maklumla belakangan ni sibuk sikit dengan mesyuarat FESKUM...ramai kawan-kawan aku mempersoalkan keaktifan aku untuk terlibat di dalam projek yang diadakan di Universiti Malaya..aku tidak merasakan bahawa keaktifan itu merupakan suatu halangan kepada aku tetapi aku mengaggapnya ia sebagai satu peluang untuk aku mengutip sebanyak mana pengalaman yang ada untuk persiapan diri aku dalam menghadapi perjalanan pada masa depan iaitu berada di alam pekerjaan di mana memerlukan persaingan yang hebat dalam mendapatkan sesuatu pekerjaan...bagi aku kalau sekadar masuk universiti hanya untuk fokuskan kepada akademik itu bukanlah matlamat yang sebenar bagi mahasiswa/i yang ingin menerima ijazah kelas pertama...bagi aku kita perlu meyeimbangkan anatara akademik & kokurikulum di mana ia merupakan perkara penting yang perlu ada dalam setiap diri mhasiswa/i...apa-apa pun kita mestilah pandai menguruskan masa dan diri dengan sebaiknya supaya x berlaku seperti kata pepatah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...
Minggu ulangkaji sudah bermula...seperti biasa kawan2 ku yang lain sudah pulang ke kampung halaman masing-masing...aku mengambil keputusan untuk tidak pulang kerana aku merasakan bahawa apabila berada di bilik ia merupakan suatu kondisi yg sesuai untuk aku belajar berbanding aku pulang ke rumah yang memerlukan masa aku lebih untuk keluarga dan rakan-rakan...aku harap aku dapat belajar dengan tenang dan ALLAH mempermudahkan urusan aku semasa berada di dalam Dewan Peperiksaan...Besar harapan emak kepada aku iaitu dia mahukan aku untuk mendapat Dekan pada semester ini...aku berharap agar aku dapat memenuhi permintaan ibuku..Ya Allah,KAU permudahkanlah segalanya dan kurniakanlah aku kejayaan yang cemerlang...aminnn...
No comments:
Post a Comment