Monday, 21 July 2014

assalamualaikum & salam Ramadhan...syukur alhamdulillah aku telah berjaya menamatkan perkampungan selama 2 minggu...walaupun Ramadhan kali ini tidak dapat bersahur & berbuka bersama keluarga dalam tempoh masa yg lama aku tetap bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk terus hidup & berbakti kepada keluarga...selama perkampungan ukhuwah antara ajk FESKUM telah memebentuk sebuah keluarga yang betul2 sporting & bahagia....selepas ini masih ada lagi amanah yang perlu aku pikul...ingtlah kalian semua bahawa AMANAH adalah suatu perkara yang paling berat di dunia...sekiranya kita diberikan amanah hendaklah kita menjaganya & melaksanakan dengan penuh ikhlas...

Saturday, 12 July 2014

assalamualaikum...kasihanlah tengok saudara seislam kita di Palestin yang terbunuh akibat daripada perbuatan laknatullah rejim zionis Israel yang tidak berperikemanusiaan...kenapa perlu membunuh mereka yang tidak berdosa???apa manfaat yang diaorang dapat ya??aku pun x faham la dengan manusia ni...hanya menjadi pak turut kepada orang atasan...walau siapa pun kita jangan la jadi seperti lembu dicucuk hidung yang hanya menurut sahaja apa yang disuruh walaupun perkara itu tidak baik & berfaedah...lakukanlah sesuatu perkara itu dengan tujuan dan matlamat yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain...peringatan buat diri sendiri juga...

Thursday, 3 July 2014

assalamualaikum...salam ramadhan...hari ni telah memasuki ramadhan yang ke 5...marilah sama2 kita mendekatkan diri kepada ALLAH di dalam bulan yang mulia ini...ari ni dah masuk 2 ari aku dekat umah pak saudara...setiap yang ALLAH aturkan kpda hambaNYA ada hikmah di sebaliknya...kehadiran aku di rumah pak saudara aku telah membuatkan hubungan kami lebih rapat setelah sekian lama terpisah...begitu jugak lah dengan kehidupan kita yang diberi ujian oleh ALLAH...setiap yang berlaku pastiada hikmahnya...sabarlah dalam menghadapi dugaan hidup kerana sabar itu adalah sebahagian daripada iman...wallahualam...