Thursday, 28 August 2014

assalamualaikum...dalam menghabiskan saki baki cuti semester,aku dikejutkan dengan suatu berita daripada abg mirul...msejnya berbunyi begini :adakah anda berminat untuk ditauliahkn sebagai RSS...mula2 macm x percaya ja baca msej tu sbb aku rasa macm x layak ja untuk ditauliahkan sebagai RSS...tapi bila difikirkn balik,kenapa aku hendak menolak sedangkan peluang tu hanya datang sekali ja kan...mungkin ini adalah sebagai permulaan untuk aku memprjuangkan misi aku.aku harap dengan kepercayaan yang diberi oleh Abg Mirul& Kak Elin,aku akan buat yang terbaik & tidak akan menghampakan harapan mereka...aku nak lebih ramai lagi yang join program RSS ni..MEMANG TERBAIK LA...

Saturday, 23 August 2014

assalamualaikum...pagi ni ada cerita sedih...dalam perjalanan aku balik dari sebuah program aku terjumpa seekor anak kucing yang sedang bertarung nyawa di atas jalan raya akibat dilanggar...yang paling sedih sangat sebab aku sendiri yang nampak kesengsaraan dia menahan sakit...badan dia menggeletar bertarung nyawa...matanya terkeluar sebiji...dengan rasa belas kasihan & rasa tanggungjawab serta berperikemanusiaan aku dan seorang kakak senior terus pergi mengambil anak kucing tersebut di atas jalan raya untuk mengalihkannya ke tempat teduh & selamat daripada kenderaan yang lalu lalang di atas jalan raya...aku& kakak senior mengambil keputusan untuk menanam anak kucing tersebut kerana dia telah mati...aku berasa sangat gembira kerana semuanya telah selesai...
MORAL OF THE STORY : bagaimana keadaan kita ketika mlaikat IZRAIL datang mencabut nyawa???anak kucing yang aku nampak tadi pun menggeletar badan bertarung nyawa inikan kita manusia yang banyak melakukan dosa...aku terfikir sebentar tentang nasib aku bila sampai masanya malaikat IZRAIL dtang menabut nyawa...mungkin ini semua ada hikmah di sebalik kejadian tadi...aku mula terfikir kenapa ALLAH memilih aku untuk berada pada situasi tersebut???aku perlu bermuhasab diri balik...renung2kan & selamat beramal ya...

Wednesday, 20 August 2014

assalamualaikum & salam syawal...aktiviti ari ni adalah bergotong royong memasak untuk aktiviti rumah terbuka bagi persatuan di universiti...memang benar lah kata pepatah bagai aur dengan tebing,berat sama dipikul,ringan sama dijinjing & seangkatan dengannya...cuba bayangkan kalau kita buat sesuatu bersendirian mesti sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan dan kita susah untuk mencari solusinya...berbeza pula klau kita bekerja dalam kumpulan/jemaah,sesuatu urusan itu akan menjadi mudah kerana setiap orang boleh mnyumbang idea masing2...melalui idea tersebut,sesuatu yang mudah akan menjadi bombastik disebabkan oleh percambahan daripada orang ramai...nampak tak kat situ betapa 'powernya' bekerja secara berkumpulan...disamping itu,kita juga dapat merapatkan ukhwah antara satu sama lain..fikir2kanlah & selamat beramal ya...

Tuesday, 12 August 2014

assalamualaikum...bertemu kembali kita di dalam ruangan ini...syukur alhamdulillah skrang ni aku dalam fasa program Jalinan Masyarakat(JM)  di mana ia merupakan satu program yang memerlukan kita berkhidmat ngn masyarakat..aku pnya JM melibatkan pelarian kanak2 rohingya...diaorang ni baik sangat n pandai walaupun diaorang pelarian....aku bersama dengan member jabatan geografi yang lain memberikan perkhidamatan dari segi pendidikan kpda diaorang...diaorang sangat memerlukn pendidikan kerana status mereka tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia...kebajikan & keselamatan mereka di bawah tanggungjawab badan-badan bukan kerajaan...bagi pendapat akau la dalam kita berbakti n menyumbangkan khidmat masyarakat kita jangn terlalu memilih siapa dia & pangkat apa tapi kita perlu melakukannya tanpa melihat kpda semua tu dengan hati yang ikhlas...wallahualam...

Saturday, 2 August 2014

assalamualaikum & salam sejahtera...pada kesempatan ini aku nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILDITR...MAAF ZAHIR & BATIN...walaupun dh rya ke-6 tpi still bleh ucap lgi kn sbb rya kan sebulan hehe...hari raya aidilfitri la merupakan hari yang terpenting dan bermakna bagi setiap insan kerana pada hari raya ni la semua sanak saudara akan berkumpul dan bermaaf-maafan sesama diaorang...adik-beradik yang bergaduh sebelum ni pun boleh berbaik semula apabila  tibanya hari raya aidilfitri kerana adanya amalan bermaaf-maafan sesama kita...raya-raya jugak...jngn dilupa kpda golngn yg kurang berkemampuan dan mendoakan keamanan kepada saudara seislam kita di GAZA,PALESTIN & kehancuran rejim zionis yg tidak berhati perut & berperikemanusiaan..semoga ALLAH menghancurkan kesatuan mereka dan memberi kemenangan kpda para mujahid & mujahidah palestin dalam mempertahankn ISLAM...