assalamualaikum...syukur alhamdulillah ALLAH telah permudahkan urusan aku untuk mendapatkan buku ni...dah lama dh pasang niat nk membeli....walaupun harga mahal tapi aku berasa puas kerana dapat membeli sebuah buku yang mana beliau merupakan ilham untuk aku jadikan sebgai idola dalam konteks kepimpinan...
Aku berasa kagum dengan sifat baginda kerana beliau dapat melaksanakan kepimpinan dengan cara yang berdedikasi sehingga dapat menawan kota konstantinopel iaitu merupakan sebuah kota yang penting pada zaman kerajaan Uthmaniyyah...
Setelah aku mengikuti kisah beliau,rasa kepimpinan yang beliau telah tunjukkan membangkitkan semangat aku untuk menjadi seorang pemimpin seperti beliau.Beliau merupakan seorang pemimpin yang mementingkan agama.Sebelum melakukan peperangan beliau akan menjadi imam kepada angkatan tenteranya memohon pertolongan daripada ALLAH..
Kepimpinan yang diterajui dengan berlandaskan kepada kepatuhan kepada TUHAN,in sha allah akan dipermudahkan urusan..benarlah firman ALLAH di dalam SURAH At Talaq yang berbunyi
"Barang siapa bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan membukakan jalan keluar baginya"
Surah At Talaq:Ayat 2
Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi ilham kepada mereka yang mempunyai minat dalam kepimpinan.