Thursday, 21 July 2016

KISAH CINTA UTARA SELATAN

Dah lama x tulis blog ni...ala maklumla sis bsy dengan persatuan dan jabtan...kali ni sis nak tulis pasal kisah cinta sis...pda umur 23 tahun (tpi x ckup lgi sbb besday bulan 11 ni hihi) bru nak merasa perasaan bercinta tu macm mana...

        Sebelum ni sis takut nak brcinta sbb sis takut dilukai macm mna ngan member2 sisi yg pernah brcinta sebelum ni.depa ni segak orangnya tapi hubungan kekal x lama...sis x faham la apa sebenaqnya yg llaki nakkan...haisshhh..dunia2...sekali kita silap dalam permainan duniawi abis lah kita kalau x sedar awal...sis nak pesan ni jangan hanyut dalam duniawi ya...


       Sblm sis mula bercerita kisah cinta sis kita dngar dlu sdikit coretan drpda program sembang santai brsma imam muda ashraf:
1) prasaan cinta tu x salah, cma kta kna pandai kawal
2) jngn cba sentuh hati prmpuan @ lelaki klau x ada niat utk menghalalkn hubungan trsebut

*Kesimpulan : ilmu agk penting pda zaman skrang
kata Imam Shafie : BILA ALLAH ADA DALM HATI,KITA AKAN RASA LAPANG...JIWA KITA X AKAN SEPI...ni salah 1 cara nak kawal prasaan cinta...x salah untuk mengorat klau niat betul2 nak nikah...doalah kpd Allah utk mntk yg trbaik utk kita...

kalau nak tau kisah prcintan sis yg selanjutnya bleh baca pda blog yg seterusnya dalam KISAH CINTA UTARA SELATAN EPISOD 1

Monday, 6 October 2014

assalamualaikum & salam sejahtera...maaf la sebb lama x mengupdate blog...belakangan ni busy ckit la...sesebuah pengorbanan itu memerlukan hati yg ikhlas...sebab apa aku cakp macm ni???sebabnya aku telah berkorban utk tidak pulang ke kampung pada hari raya aidiladha....ramai kawan2 aku balk ke kg beraya bersama ngn keluarga tapi aku di sini beraya di perantauan...ini adalah disebabkan oleh sebuah amanah yg diberi...sesungguhnya amanah itu adalah berat..bila dengar takbir raya di pagi hari rasa sedih,sayu n sebak sebb x dapat berada di samping keluarga tercinta...emm mklumla ni la pertama kali beraya tanpa keluarga di sisi...emm lps ni aku cuti puas2 utk seminggu ni...cuti mid sem...pda asalnya cuti mid sem aku dibekukan kerana ada tanggungjawab besar yg aku kena lakukan,,,tapi aku terpaksa memilih salah satunya...fiqh aulawiyat...aku memilih untuk bersama keluarga disebbkn oleh sudah sebulan aku tidak kembali ke kmpung...adik2 aku sudah merindui...bila aku kol saja depa,depa asyik tnya akk bila akk nk balik???

Saturday, 13 September 2014

assalamualaikum dan salam sejahtera...
cerita ini adalah untuk peringatan buat diriku dan rakan-rakanku yang lain...
Couple Islamik ?
Kisahnya mengenai 3 orang. Syafiq, Safura dan Muhammad.
Syafiq dan Safura sama-sama belajar di sebuah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh.
Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya
mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan.
Pergh! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah.
Beberapa tahun berlalu. Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya.
Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC".
Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di
RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk.
Bila duduk , Muhammad bertanya, "Have you married?"
"No." jawab Safura.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here."tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way." jawab Syafiq.
Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu.
Muhammad pun memulakan ceritanya. "Aku ni muallaf. Asal dulu aku Kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni?
Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku, mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir.
Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.
Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh.
Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. " Ustaz! Jom makan. Babi Islam nih.”
Tercengang Ustaz tu lalu terus berlalu sambil Istighfar. Esoknya aku berjumpa Ustaz berkenaan dan tanyakan kepadanya kenapa tidak singgah makan bersama.
Lalu Ustaz tu cakaplah kat aku. Yang haram tetap haram dan tiada pemudahcara bagi menghalalkan yang haram.
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.
TERASA? Maknanya masih ada kesedaran pada diri kita. Bukan nak menghina sesiapa. Tapi, sedarlah akan hakikat sebenar. Tiada istilah cinta Islamik sebelum nikah ya.
Sekadar kongsi .

#copynpaste 
#ygharamtetapharam

Thursday, 28 August 2014

assalamualaikum...dalam menghabiskan saki baki cuti semester,aku dikejutkan dengan suatu berita daripada abg mirul...msejnya berbunyi begini :adakah anda berminat untuk ditauliahkn sebagai RSS...mula2 macm x percaya ja baca msej tu sbb aku rasa macm x layak ja untuk ditauliahkan sebagai RSS...tapi bila difikirkn balik,kenapa aku hendak menolak sedangkan peluang tu hanya datang sekali ja kan...mungkin ini adalah sebagai permulaan untuk aku memprjuangkan misi aku.aku harap dengan kepercayaan yang diberi oleh Abg Mirul& Kak Elin,aku akan buat yang terbaik & tidak akan menghampakan harapan mereka...aku nak lebih ramai lagi yang join program RSS ni..MEMANG TERBAIK LA...

Saturday, 23 August 2014

assalamualaikum...pagi ni ada cerita sedih...dalam perjalanan aku balik dari sebuah program aku terjumpa seekor anak kucing yang sedang bertarung nyawa di atas jalan raya akibat dilanggar...yang paling sedih sangat sebab aku sendiri yang nampak kesengsaraan dia menahan sakit...badan dia menggeletar bertarung nyawa...matanya terkeluar sebiji...dengan rasa belas kasihan & rasa tanggungjawab serta berperikemanusiaan aku dan seorang kakak senior terus pergi mengambil anak kucing tersebut di atas jalan raya untuk mengalihkannya ke tempat teduh & selamat daripada kenderaan yang lalu lalang di atas jalan raya...aku& kakak senior mengambil keputusan untuk menanam anak kucing tersebut kerana dia telah mati...aku berasa sangat gembira kerana semuanya telah selesai...
MORAL OF THE STORY : bagaimana keadaan kita ketika mlaikat IZRAIL datang mencabut nyawa???anak kucing yang aku nampak tadi pun menggeletar badan bertarung nyawa inikan kita manusia yang banyak melakukan dosa...aku terfikir sebentar tentang nasib aku bila sampai masanya malaikat IZRAIL dtang menabut nyawa...mungkin ini semua ada hikmah di sebalik kejadian tadi...aku mula terfikir kenapa ALLAH memilih aku untuk berada pada situasi tersebut???aku perlu bermuhasab diri balik...renung2kan & selamat beramal ya...

Wednesday, 20 August 2014

assalamualaikum & salam syawal...aktiviti ari ni adalah bergotong royong memasak untuk aktiviti rumah terbuka bagi persatuan di universiti...memang benar lah kata pepatah bagai aur dengan tebing,berat sama dipikul,ringan sama dijinjing & seangkatan dengannya...cuba bayangkan kalau kita buat sesuatu bersendirian mesti sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan dan kita susah untuk mencari solusinya...berbeza pula klau kita bekerja dalam kumpulan/jemaah,sesuatu urusan itu akan menjadi mudah kerana setiap orang boleh mnyumbang idea masing2...melalui idea tersebut,sesuatu yang mudah akan menjadi bombastik disebabkan oleh percambahan daripada orang ramai...nampak tak kat situ betapa 'powernya' bekerja secara berkumpulan...disamping itu,kita juga dapat merapatkan ukhwah antara satu sama lain..fikir2kanlah & selamat beramal ya...

Tuesday, 12 August 2014

assalamualaikum...bertemu kembali kita di dalam ruangan ini...syukur alhamdulillah skrang ni aku dalam fasa program Jalinan Masyarakat(JM)  di mana ia merupakan satu program yang memerlukan kita berkhidmat ngn masyarakat..aku pnya JM melibatkan pelarian kanak2 rohingya...diaorang ni baik sangat n pandai walaupun diaorang pelarian....aku bersama dengan member jabatan geografi yang lain memberikan perkhidamatan dari segi pendidikan kpda diaorang...diaorang sangat memerlukn pendidikan kerana status mereka tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia...kebajikan & keselamatan mereka di bawah tanggungjawab badan-badan bukan kerajaan...bagi pendapat akau la dalam kita berbakti n menyumbangkan khidmat masyarakat kita jangn terlalu memilih siapa dia & pangkat apa tapi kita perlu melakukannya tanpa melihat kpda semua tu dengan hati yang ikhlas...wallahualam...