assalamualaikum dan salam sejahtera...
cerita ini adalah untuk peringatan buat diriku dan rakan-rakanku yang lain...
Couple Islamik ?
Kisahnya mengenai 3 orang. Syafiq, Safura dan Muhammad.
Syafiq dan Safura sama-sama belajar di sebuah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh.
Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya
mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan.
Pergh! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba
tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti
takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah.
Beberapa
tahun berlalu. Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah
tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas
pada pujuk rayunya.
Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka
orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka
berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.
"COUPLE ISLAMIC".
Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah
tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh.
Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan
membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus
lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi
Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed
call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan
bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus
di
RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk.
Bila duduk , Muhammad bertanya, "Have you married?"
"No." jawab Safura.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here."tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way." jawab Syafiq.
Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu.
Muhammad pun memulakan ceritanya. "Aku ni muallaf. Asal dulu aku
Kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau
sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi,
aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati
aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu,
dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana
aku nak buat ni?
Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam.
Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku, mana
ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir.
Akhirnya, aku jumpa satu
jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari
kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku
mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah
syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal
dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2
tahun.
Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk
sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah.
Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun
masak la bakut teh.
Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz
tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. "
Ustaz! Jom makan. Babi Islam nih.”
Tercengang Ustaz tu lalu terus
berlalu sambil Istighfar. Esoknya aku berjumpa Ustaz berkenaan dan
tanyakan kepadanya kenapa tidak singgah makan bersama.
Lalu Ustaz tu cakaplah kat aku. Yang haram tetap haram dan tiada pemudahcara bagi menghalalkan yang haram.
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu
haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.
TERASA? Maknanya masih ada kesedaran pada diri kita. Bukan nak menghina
sesiapa. Tapi, sedarlah akan hakikat sebenar. Tiada istilah cinta
Islamik sebelum nikah ya.
Sekadar kongsi .
#copynpaste
#ygharamtetapharam