Monday, 6 October 2014
assalamualaikum & salam sejahtera...maaf la sebb lama x mengupdate blog...belakangan ni busy ckit la...sesebuah pengorbanan itu memerlukan hati yg ikhlas...sebab apa aku cakp macm ni???sebabnya aku telah berkorban utk tidak pulang ke kampung pada hari raya aidiladha....ramai kawan2 aku balk ke kg beraya bersama ngn keluarga tapi aku di sini beraya di perantauan...ini adalah disebabkan oleh sebuah amanah yg diberi...sesungguhnya amanah itu adalah berat..bila dengar takbir raya di pagi hari rasa sedih,sayu n sebak sebb x dapat berada di samping keluarga tercinta...emm mklumla ni la pertama kali beraya tanpa keluarga di sisi...emm lps ni aku cuti puas2 utk seminggu ni...cuti mid sem...pda asalnya cuti mid sem aku dibekukan kerana ada tanggungjawab besar yg aku kena lakukan,,,tapi aku terpaksa memilih salah satunya...fiqh aulawiyat...aku memilih untuk bersama keluarga disebbkn oleh sudah sebulan aku tidak kembali ke kmpung...adik2 aku sudah merindui...bila aku kol saja depa,depa asyik tnya akk bila akk nk balik???
Saturday, 13 September 2014
assalamualaikum dan salam sejahtera...
cerita ini adalah untuk peringatan buat diriku dan rakan-rakanku yang lain...
Couple Islamik ?
Kisahnya mengenai 3 orang. Syafiq, Safura dan Muhammad.
Syafiq dan Safura sama-sama belajar di sebuah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh.
Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya
mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan.
Pergh! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah.
Beberapa tahun berlalu. Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya.
Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC".
Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di
RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk.
Bila duduk , Muhammad bertanya, "Have you married?"
"No." jawab Safura.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here."tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way." jawab Syafiq.
Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu.
Muhammad pun memulakan ceritanya. "Aku ni muallaf. Asal dulu aku Kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni?
Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku, mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir.
Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.
Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh.
Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. " Ustaz! Jom makan. Babi Islam nih.”
Tercengang Ustaz tu lalu terus berlalu sambil Istighfar. Esoknya aku berjumpa Ustaz berkenaan dan tanyakan kepadanya kenapa tidak singgah makan bersama.
Lalu Ustaz tu cakaplah kat aku. Yang haram tetap haram dan tiada pemudahcara bagi menghalalkan yang haram.
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.
TERASA? Maknanya masih ada kesedaran pada diri kita. Bukan nak menghina sesiapa. Tapi, sedarlah akan hakikat sebenar. Tiada istilah cinta Islamik sebelum nikah ya.
Sekadar kongsi .
#copynpaste
#ygharamtetapharam

Thursday, 28 August 2014
assalamualaikum...dalam menghabiskan saki baki cuti semester,aku dikejutkan dengan suatu berita daripada abg mirul...msejnya berbunyi begini :adakah anda berminat untuk ditauliahkn sebagai RSS...mula2 macm x percaya ja baca msej tu sbb aku rasa macm x layak ja untuk ditauliahkan sebagai RSS...tapi bila difikirkn balik,kenapa aku hendak menolak sedangkan peluang tu hanya datang sekali ja kan...mungkin ini adalah sebagai permulaan untuk aku memprjuangkan misi aku.aku harap dengan kepercayaan yang diberi oleh Abg Mirul& Kak Elin,aku akan buat yang terbaik & tidak akan menghampakan harapan mereka...aku nak lebih ramai lagi yang join program RSS ni..MEMANG TERBAIK LA...
Saturday, 23 August 2014
assalamualaikum...pagi ni ada cerita sedih...dalam perjalanan aku balik dari sebuah program aku terjumpa seekor anak kucing yang sedang bertarung nyawa di atas jalan raya akibat dilanggar...yang paling sedih sangat sebab aku sendiri yang nampak kesengsaraan dia menahan sakit...badan dia menggeletar bertarung nyawa...matanya terkeluar sebiji...dengan rasa belas kasihan & rasa tanggungjawab serta berperikemanusiaan aku dan seorang kakak senior terus pergi mengambil anak kucing tersebut di atas jalan raya untuk mengalihkannya ke tempat teduh & selamat daripada kenderaan yang lalu lalang di atas jalan raya...aku& kakak senior mengambil keputusan untuk menanam anak kucing tersebut kerana dia telah mati...aku berasa sangat gembira kerana semuanya telah selesai...
MORAL OF THE STORY : bagaimana keadaan kita ketika mlaikat IZRAIL datang mencabut nyawa???anak kucing yang aku nampak tadi pun menggeletar badan bertarung nyawa inikan kita manusia yang banyak melakukan dosa...aku terfikir sebentar tentang nasib aku bila sampai masanya malaikat IZRAIL dtang menabut nyawa...mungkin ini semua ada hikmah di sebalik kejadian tadi...aku mula terfikir kenapa ALLAH memilih aku untuk berada pada situasi tersebut???aku perlu bermuhasab diri balik...renung2kan & selamat beramal ya...

Wednesday, 20 August 2014
assalamualaikum & salam syawal...aktiviti ari ni adalah bergotong royong memasak untuk aktiviti rumah terbuka bagi persatuan di universiti...memang benar lah kata pepatah bagai aur dengan tebing,berat sama dipikul,ringan sama dijinjing & seangkatan dengannya...cuba bayangkan kalau kita buat sesuatu bersendirian mesti sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan dan kita susah untuk mencari solusinya...berbeza pula klau kita bekerja dalam kumpulan/jemaah,sesuatu urusan itu akan menjadi mudah kerana setiap orang boleh mnyumbang idea masing2...melalui idea tersebut,sesuatu yang mudah akan menjadi bombastik disebabkan oleh percambahan daripada orang ramai...nampak tak kat situ betapa 'powernya' bekerja secara berkumpulan...disamping itu,kita juga dapat merapatkan ukhwah antara satu sama lain..fikir2kanlah & selamat beramal ya...
Tuesday, 12 August 2014
assalamualaikum...bertemu kembali kita di dalam ruangan ini...syukur alhamdulillah skrang ni aku dalam fasa program Jalinan Masyarakat(JM) di mana ia merupakan satu program yang memerlukan kita berkhidmat ngn masyarakat..aku pnya JM melibatkan pelarian kanak2 rohingya...diaorang ni baik sangat n pandai walaupun diaorang pelarian....aku bersama dengan member jabatan geografi yang lain memberikan perkhidamatan dari segi pendidikan kpda diaorang...diaorang sangat memerlukn pendidikan kerana status mereka tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia...kebajikan & keselamatan mereka di bawah tanggungjawab badan-badan bukan kerajaan...bagi pendapat akau la dalam kita berbakti n menyumbangkan khidmat masyarakat kita jangn terlalu memilih siapa dia & pangkat apa tapi kita perlu melakukannya tanpa melihat kpda semua tu dengan hati yang ikhlas...wallahualam...
Saturday, 2 August 2014
assalamualaikum & salam sejahtera...pada kesempatan ini aku nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILDITR...MAAF ZAHIR & BATIN...walaupun dh rya ke-6 tpi still bleh ucap lgi kn sbb rya kan sebulan hehe...hari raya aidilfitri la merupakan hari yang terpenting dan bermakna bagi setiap insan kerana pada hari raya ni la semua sanak saudara akan berkumpul dan bermaaf-maafan sesama diaorang...adik-beradik yang bergaduh sebelum ni pun boleh berbaik semula apabila tibanya hari raya aidilfitri kerana adanya amalan bermaaf-maafan sesama kita...raya-raya jugak...jngn dilupa kpda golngn yg kurang berkemampuan dan mendoakan keamanan kepada saudara seislam kita di GAZA,PALESTIN & kehancuran rejim zionis yg tidak berhati perut & berperikemanusiaan..semoga ALLAH menghancurkan kesatuan mereka dan memberi kemenangan kpda para mujahid & mujahidah palestin dalam mempertahankn ISLAM...
Monday, 21 July 2014
assalamualaikum & salam Ramadhan...syukur alhamdulillah aku telah berjaya menamatkan perkampungan selama 2 minggu...walaupun Ramadhan kali ini tidak dapat bersahur & berbuka bersama keluarga dalam tempoh masa yg lama aku tetap bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk terus hidup & berbakti kepada keluarga...selama perkampungan ukhuwah antara ajk FESKUM telah memebentuk sebuah keluarga yang betul2 sporting & bahagia....selepas ini masih ada lagi amanah yang perlu aku pikul...ingtlah kalian semua bahawa AMANAH adalah suatu perkara yang paling berat di dunia...sekiranya kita diberikan amanah hendaklah kita menjaganya & melaksanakan dengan penuh ikhlas...
Saturday, 12 July 2014
assalamualaikum...kasihanlah tengok saudara seislam kita di Palestin yang terbunuh akibat daripada perbuatan laknatullah rejim zionis Israel yang tidak berperikemanusiaan...kenapa perlu membunuh mereka yang tidak berdosa???apa manfaat yang diaorang dapat ya??aku pun x faham la dengan manusia ni...hanya menjadi pak turut kepada orang atasan...walau siapa pun kita jangan la jadi seperti lembu dicucuk hidung yang hanya menurut sahaja apa yang disuruh walaupun perkara itu tidak baik & berfaedah...lakukanlah sesuatu perkara itu dengan tujuan dan matlamat yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain...peringatan buat diri sendiri juga...
Thursday, 3 July 2014
assalamualaikum...salam ramadhan...hari ni telah memasuki ramadhan yang ke 5...marilah sama2 kita mendekatkan diri kepada ALLAH di dalam bulan yang mulia ini...ari ni dah masuk 2 ari aku dekat umah pak saudara...setiap yang ALLAH aturkan kpda hambaNYA ada hikmah di sebaliknya...kehadiran aku di rumah pak saudara aku telah membuatkan hubungan kami lebih rapat setelah sekian lama terpisah...begitu jugak lah dengan kehidupan kita yang diberi ujian oleh ALLAH...setiap yang berlaku pastiada hikmahnya...sabarlah dalam menghadapi dugaan hidup kerana sabar itu adalah sebahagian daripada iman...wallahualam...
Thursday, 26 June 2014
assalamualaikum...bertemu kembali setelah lama aku bercuti di kampung...syukur alhamdulillah dapat meluangkan masa dengan aku pnya family walaupun sekejap sahaja...setelah seminggu berada di kampung sekarang bermula la perjuangan aku dalam melaksanakan amanah sebagai seorang pendakwah dan sebagai seorang ketua walaupun cuti semester adalah selama 2 bulan...bagi aku cuti 2 bulan itu tidak akan bermakna sekiranya kita tidak memperoleh pengalaman yg baru...walaupun kawan2 aku yang lain menghabiskan cuti semester diaorang dengan family namun aku akan meneruskan perjuangan ini tanpa keluarga di sisi kerana aku tahu doa mereka sentiasa bersama dengan aku...semoga ALLAH memberikan kekuatan dan ketabahan kepada aku dalam meneruskan perjuangan ini sehingga ke penghujungnya...Semoga Allah memeprmudahkan segalanya...amin....
Tuesday, 17 June 2014
assalamualaikum....syukur alhamdulillah aku telah berjaya berjuang di medan peperangan ilmu....terima kash YA ALLAH kerana telah mempermudahkn segalanya...ari ni aku akn bertolk balk ke perlih...dah lama aku x balk kampung....dalm 2 bulan setengah jgak la...bagi aku yg jenis Quality Time merasakn bahawa tmpoh trsebt adalah lama rsa macm 2 tahun pun ada jgak hehehe....in sha allah balk cti ni aku akn meluangkn masa ngn my family...
Friday, 13 June 2014
Dalam
melangkah kekadang tersadung,,,dalam berlari kekadang terjatuh,,,dalam
berdiri kekadang terkulai,,,dalam berjuang kekadang terhina...dalam
beribdat kekadang terlalai...namun apa2pun yg terjadi ingatlah kita cuma
ada ALLAH YANG MAHA ESA...mengadulah padaNYA walau kita di dalam duka
mahupun suka,,,di dalam kita senang mahupun susah kerana semua nikmat
yang kita dapat adalah anugerah daripada ALLAH...ALLAH
sangat merindukan rintihan daripada hambaNYA...YA ALLAH,,,hati ini
meronta2 untuk kembali ke kampung tetapi perjuangan perlu diteruskan
demi sebuah harapan yang tinggi daripada seorang ibu yang sentiasa
mendoakan kejayaan ank2 yg tercinta...YA ALLAH,,KAU permudahkan
segalaNYA...KAU berikanlah hambamu ini kekuatan demi meneruskan
perjuangan yg tiada pengakhiran selagi diberi nafas untuk terus
menghirup udara dan menghayati alam ciptaan ALLAH...
Monday, 9 June 2014
assalamualaikum...alhamdulillah hari ni firat paper dah aku jawab...Alhamdulillah ALLAH permudahkan segalanya...rasa sedih dan rindu sangat dekat family kat kampung...ala maklumlah dh 2 bulan lebih tak balik...Harap masih ada kekuatan untuk aku berjuang di dewan peperiksaan utk mendapatkan kejayaan yang cemerlang seperti mana tingginya harapan seorang ibu terhadap anak sulungnya...
Berat tanggungjawab yang aku perlu pikul..Semoga semester ini memberikan kejayaan yang cemerlang dan memenuhi segala harapan yang diletakkan oleh emak dan saudara mara aku...Aku rasa dh tak terbilang rasanya berapa kali aku menitiskan air mata kerana terlalu rindukan family kat kampung...Maklumla sebelum ni x pernah berpisah lama ngan diaorang...
X sabarnya tunggu 17 aribulan ni...nak balik kampung...PERLIS...MU TUNGGU AKU DATANG hehe...

Sunday, 1 June 2014
assalamualaikum...sudah lama tangan ini tidak menari-nari dia atas papan kekunci...ala maklumla belakangan ni sibuk sikit dengan mesyuarat FESKUM...ramai kawan-kawan aku mempersoalkan keaktifan aku untuk terlibat di dalam projek yang diadakan di Universiti Malaya..aku tidak merasakan bahawa keaktifan itu merupakan suatu halangan kepada aku tetapi aku mengaggapnya ia sebagai satu peluang untuk aku mengutip sebanyak mana pengalaman yang ada untuk persiapan diri aku dalam menghadapi perjalanan pada masa depan iaitu berada di alam pekerjaan di mana memerlukan persaingan yang hebat dalam mendapatkan sesuatu pekerjaan...bagi aku kalau sekadar masuk universiti hanya untuk fokuskan kepada akademik itu bukanlah matlamat yang sebenar bagi mahasiswa/i yang ingin menerima ijazah kelas pertama...bagi aku kita perlu meyeimbangkan anatara akademik & kokurikulum di mana ia merupakan perkara penting yang perlu ada dalam setiap diri mhasiswa/i...apa-apa pun kita mestilah pandai menguruskan masa dan diri dengan sebaiknya supaya x berlaku seperti kata pepatah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...
Minggu ulangkaji sudah bermula...seperti biasa kawan2 ku yang lain sudah pulang ke kampung halaman masing-masing...aku mengambil keputusan untuk tidak pulang kerana aku merasakan bahawa apabila berada di bilik ia merupakan suatu kondisi yg sesuai untuk aku belajar berbanding aku pulang ke rumah yang memerlukan masa aku lebih untuk keluarga dan rakan-rakan...aku harap aku dapat belajar dengan tenang dan ALLAH mempermudahkan urusan aku semasa berada di dalam Dewan Peperiksaan...Besar harapan emak kepada aku iaitu dia mahukan aku untuk mendapat Dekan pada semester ini...aku berharap agar aku dapat memenuhi permintaan ibuku..Ya Allah,KAU permudahkanlah segalanya dan kurniakanlah aku kejayaan yang cemerlang...aminnn...

Saturday, 10 May 2014
assalamualaikum...syukur alhamdulillah sesi wrap up bersama dengan abg amirul tadi berjalan dengan lancar...alhamdulillah ALLAH permudahkan segalanya...sebenarnya sebelum aku masuk program pagi tadi aku dalam dilema sama ada nak menghadiri program tersebut atau nak menghadiri kelas ganti bagi subjek elektif aku...alhamdulillah ALLAH dh gerakkan ati aku untuk join program bersama abg amirul sebab aku nak sangat share apa yang aku dah pendam selama ni....in sha allah mungkin ada hikmah di sebalik pengorbanan aku...aku harap sangat dapat jadi coach untuk next session...aku nak sangat jadi coach sebab aku nak bimbing rakan2 seperjuangan yg lain,adik beradik aku dan sebgainya supaya menjadi seorang yang lebih bermotivasi dan meningkatkan diri sendiri ke arah yang lebih baik...program RSS yg dikendalikan oleh abg mirul dan kak elin memang sangat2 bagus la...aku banyak belajar daripada diorang dan berjaya mengubah diri hampir 90%....bila aku dh join RSS ni aku dapat kenal personaliti aku,love languange ,kelemahan dan kekuatan,cara nak uruskan duit menggunakan kaedah 6 jar dan banyak lagi la...perubahan yang paling ketara dalam diri aku lepas join RSS adalh aku lebih yakin untuk bercakap kat khalayak ramai,jadi sukarelawan untuk apa2 perkara dan mengaplikasikan segala ilmu yang diperoleh dalam kehidupan aku...aku harap sangat program ini mendapat sambutan yang ramai sebab bukan senang nak cari insan yang betul2 awesome macm abg mirul dan kak elin...memang terbaik la...
Thursday, 1 May 2014
assalamualaikum...syukur alhamdulillah ari ni merupakan ari yang paling best dan bermakna sangat sebab ari ni aku dengan kawan-kawan RSS yang lain keluar dengan kitarong punya coach...kitarong pi beli buku kat PWTC...rasa best sangat sebab dapat beli buku...ilmu tu sangat penting...walau setnggi mana pun kedudukan kita kalau x ada ilmu x ada gunanya kan...orang yang berilmu ni dipandang tinggi walaupun dia seorang pengemis di jalanan...timbalah ilmu selagi mampu kerana diri kita akan kosong/jahil tanpa ilmu...
Saturday, 26 April 2014
Thursday, 24 April 2014
assalamualaikum...sekarang aku sudah memasuki zon kritikal...banyaknya assignment yang nak kena siapkan...tarikh submitnya pula membuatkan ati & hidup ni sudah tidak menentu...apa2 pun aku kena pandai bahagikan masa untuk siapkan semua assignment ni...YA ALLAH,,KAU PEMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN HAMBAMU INI...AMIN...
Saturday, 19 April 2014
assalamualaikum..bertemu lagi kita di dalam ruangan ini...syukur alhamdulillah ari ni dh mask hari kedua aku dalam Program Career For Disable.program ini merupakan program bersama dengan mahasiswa OKU...setelah beberapa kali bersama dalam komuniti ini aku berasa sangat kagum dengan kebolehan mereka untuk membawa diri walaupun mempunyai kekangan dari segi fizikal,penglihatan dan sebagainya..hal ini secara tidak langsung membuatkan aku lebih sedar tentang kita perlu bersyukur dengan nikmat yg ALLAH berikan..jika ALLAH telah menarik nikmat-nikmat tersebut hal ini akan memeberikan kesusahan kepada kita untuk membawa diri.satu hal yang aku sangat tersentuh adalah apabila ada seorang peserta yg mengalami cacat penglihatan menolak sekeras-kerasnya pelawaan akau untuk menjadi pembimbing dia ketika berjalan...di sini kita boleh lihat betapa berdikarinya mereka sehingga tidak mahu menerima pertolongan daripada orang lain....
Sunday, 13 April 2014
assalamualaikum..lama tangan ni tidak menari-nari di atas papan kekunci komputer menaip bait-bait kata yang dapat memberi motivasi kepada pembacanya...maaf la sibuk sikit..ala maklum la balik rumah kan...faham-faham la ya hehe...syukur alhamdulillah pagi ni selamat sampai di kolej kediaman....aku tidak boleh lagi berangan-angan seperti angan-angan mat jenin kerana sekarang ni sudah masuk fasa yg betul-betul mencabar bagi pelajar universiti...sekarang ni la masanya untuk mengalami tekanan kerana nak siapkan assignment...aku bertekad mulai pada hari ni aku akan ubah cara belajar aku dan fokus kepada gol yg aku dah tetapkan...in sha allah...semoga ALLAH S.W.T mempermudahkan segala urusan aku...amin...
Thursday, 3 April 2014
assalamualaikum...syukur alhamdulillah akhirnya siap jugak assignment aku...inilah akibatnya kalau buat last minit..sebelum ni ada ja masa tapi selalu dok tangguh..harap2 assignment ni dapat markah yang elok...walaupun penat tapi rasa tenang sangat sebab dh siap...lepas ni dah tak boleh nak bersikap macam ni...kena ubah ni..bak kata abg mirul EAT THAT FROG....
Tuesday, 1 April 2014
assalamualaikum dan selamat sejahtera...berjumpa lagi kita dalam ruangan ni ya...alhamdulillah bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana memberi kesempatan kepada kita untuk bernafas lagi di atas muka bumi ini..korang pernah jadi sukarelawan x...alhamdulillah pada 3 hari yang lepas iaitu pada 28/3/2014-30/3/2014,aku telah menyertai satu kem sukarelawan iaitu Volunteer Camp di bawah anjuran Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya(SEKRUM)...banyak sangat input yang aku dapat daripada kem ini...antaranya adalah kepentingan menjadi sukarelawan dan ciri2 yang perlu ada pada seorang sukarelawan...
Sebenarnya tak susah pun nak jadi sukarelawan ni,,tak perlu pun pi temu duga...yang penting kita suka dan rela untuk membantu orang lain...di samping kita membantu orang lain ikatan ukhwah dapat dieratkan...pahala pun dapat kan...yang penting hati tu mestilah ikhlas...sukarelawan ni penting sangat tambah2 bagi golongan belia sebab kita kan muda lagi so tenaga tu masih kuat lagi kan...kenapa tidak kita menyumbang dari segi tenaga kepada negara dan masyarakat???kalau nak bagi sumbangan duit berjuta2 memang tak mampu la kan...tunaikan lah tanggungjawab anda sebagai seorang sukarelawan ya....
ni buktinya aku join kem sukarelawan tu...

Monday, 24 March 2014
First experienced make colum
assalamualaikum...ini merupakan pengalaman pertama aku membuat kolum...korang tau tak kolum tu apa???kolum ni merupakan satu tradisi bagi masyarakat India ketika menyambut HARI DEEPAVALI.kolum ni merupakan satu cara menabur beras yang telah diwarnakan di dalam sesuatu bentuk yang dilukis di atas lantai...kita sebagai masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaumperlulah memahami budaya kaum-kaum lain...janganlah bersikap etnosentrism...
gambar semasa
gambar selepas
cantik tak???
gambar semasa
gambar selepas
cantik tak???
Saturday, 22 March 2014
hari bersama coachee
assalamualaikum...terima kasih ya kepada coachee yang sudi meluangkan masa bersama dalam meneruskan agenda REAL SAHABAT SERU..aku bersyukur kerana dapat menjayakan Goal Setting bersama dengan coachee..
Apa yang aku dapat daripada perjumpaan kemarin adalah goal sangat penting kepada setiap individu dalam mencapai apa yang dikehendaki di dalam hidup...goal ni ibarat target kita dalam kehidupan..cuba korang bayangkan di dalam permainan bola sepak,,jika tidak ada istilah goal maka para pemenang tidak dapat ditentukan dan para pemain akan berasa penat bermain tanpa mempunyai matlamat untuk menjaringkan goal...sia2 sahaja kita berlari ke sana sini tanpa ada tujuan sebenar tentang apa yang kita mahukan dalam hidup ini...Goal juga merupakan satu platform kepada kita dalam memotivasikan diri agar menjadi seorang yang berjaya...

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH(PENAKLUK KONSTANTINOPEL)
assalamualaikum...syukur alhamdulillah ALLAH telah permudahkan urusan aku untuk mendapatkan buku ni...dah lama dh pasang niat nk membeli....walaupun harga mahal tapi aku berasa puas kerana dapat membeli sebuah buku yang mana beliau merupakan ilham untuk aku jadikan sebgai idola dalam konteks kepimpinan...
Aku berasa kagum dengan sifat baginda kerana beliau dapat melaksanakan kepimpinan dengan cara yang berdedikasi sehingga dapat menawan kota konstantinopel iaitu merupakan sebuah kota yang penting pada zaman kerajaan Uthmaniyyah...
Setelah aku mengikuti kisah beliau,rasa kepimpinan yang beliau telah tunjukkan membangkitkan semangat aku untuk menjadi seorang pemimpin seperti beliau.Beliau merupakan seorang pemimpin yang mementingkan agama.Sebelum melakukan peperangan beliau akan menjadi imam kepada angkatan tenteranya memohon pertolongan daripada ALLAH..
Kepimpinan yang diterajui dengan berlandaskan kepada kepatuhan kepada TUHAN,in sha allah akan dipermudahkan urusan..benarlah firman ALLAH di dalam SURAH At Talaq yang berbunyi
"Barang siapa bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan membukakan jalan keluar baginya"
Surah At Talaq:Ayat 2
Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi ilham kepada mereka yang mempunyai minat dalam kepimpinan.

impian tercapai
assalamualaikum...alhamdulillah merupakan hari paling bersejarah buat aku kerana itulah kali pertama aku menderma darah...sebelum ni memang da pasang niat nak menderma tapi tidak bersedia lagi dari segi fizikal & mental hehe...
Sebelum ni aku punya fikiran takut nak menderma darah sebab takut darah habis dalam badan...tidak logik kan aku punya mentaliti...sekurang2nya aku dah menyumbang kepada pihak hospital kerana mereka memerlukan darah untuk menampung bekalan darah bagi insan2 yang betul2 memerlukannya...bagi sesiapayang tidak menderma lagi tu silalah berbuat demikian kerana bantuan anda dapat menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukannya...Rasa excited pulak nk menderma lagi hehe...derma tau jangan tidak menderma...

Saturday, 15 March 2014
learn to manage your money
assalamualaikum semua...mesti korang rasa pening dan stress kan kalau nak fikir bab kewangan kita...kadang-kadang tu ada saja duit banyak tapi kita merasakan ia tidak mencukupi...kadang-kadang tu belanja ke arah yang tidak sepatutnya....
Di sini ada satu alternatif terbaik untuk korang menguruskan kewangan dengan cara terbaik...abang amirul ada memperkenalkan konsep 6 jar,,,tetapi saya cuma menyediakan 4 jar saja disebabakan oleh ketidakmampuan untuk menabung pada semua jar...hehe saya cuma sediakan 4 jar yang akan saya fokuskan untuk meyimpannya...
Senang saja nak membuatnya...saya hanya menggunakan barangan kitar semula..cuma guna botol mineral,,getah dan plastik...jimat duit...harap-harap dengan cara ni saya dapat menguruskan wang saya dengan baik...harap2 korang pun sama ya...jangan la membelanjakannnya mengikut nafsu kerana nafsu x akan berhenti daripada meronta-ronta untuk dipuaskan...belanjalah mengikut keutamaan dengan berlandaskan keimanan...in sha allah...

Sunday, 9 March 2014
assalamualaikum...syukur alhamdulillah akhirnya aku berjaya buat blog sendiri...ni la kali pertama aku buat blog...syukur alhamdulillah kerana ALLAH masih memberi peluang kepada aku untuk menjadi salah seorang peserta di dalam PROGRAM REAL SAHABAT SERU(RSS)...aku sangat gembira dan tidak sabar menanti program yang seterusnya...
Subscribe to:
Comments (Atom)